Tuesday, December 28, 2010

Superhero Islam Menentang Manusia Biasa

Dengan mengambil kisah Nabi Musa sebagai model superhero Islam, beliau sesuai dijadikan model superhero kerana beliau menentang dan melawan kuasa besar.

Kuasa besar yang ditentang oleh Nabi Musa adalah seorang raja yang sangat zalim ke atas hamba rakyatnya, iaitu firaun negeri Mesir.

Walaupun dia seorang firaun, namun dia tetap seorang manusia biasa-biasa dalam erti kata dia tidak memiliki kuasa luar biasa. Dia juga tidak mempunyai senjata yang berkuasa luar biasa. Dia terpaksa meminta bantuan ahli-ahli sihir bagi melawan kuasa luar biasa Nabi Musa.

Jadi, superhero Islam tidak berlawan dengan makhluk-makhluk luar biasa seperti naga, robot ataupun hantu-hantu.


1 comment:

  1. Bagus maklumat yang disampaikan ini. Superhero Islam berbeza dengan Superhero yang bukan Islam.

    ReplyDelete